Tuesday, June 10, 2008

Adilkah Kerajaan Selangor Baru?

Setelah Pakatan Rakyat mengambil alih Pemerintahan Selangor, adakah anda pengusaha-pengusaha sampah kecil-kecilan mampu bersaing atau hilang seperti layang-layang terputus talinya?

Kemana Halatuju Kontraktor Sampah Kecil ?

MUKADIMAH...

Semenjak peralihan kuasa kepada Dato Seri Abdulah Badawi lagi, banyak kontraktor kecil yang dulu menjana kebersihan persekitaran di malaysia menjadi terumbang-ambing apabila diasak oleh kontraktor baru yang mahu peralihan kontrak baru diberi kepada mereka. Apakah mereka mampu melakukan kerja -kerja yang kotor tersebut? Atau sekadar mahu meng "ALIBABA" kan kepada kontrator lama yang sudah kaya-raya? Bagaimana kontraktor lama mampu menahan kenaikan kos pengangkutan, tempat buang sampah yang jauh, penipuan pada harga barang kitarsemula, karena Alamflora,penduduk dan lain-lain lagi.....

Maka, Saya yang dibesar oleh hasil titik peluh sampah ini, memohon kepada mereka yang mempunyai komen dan pendapat tentang bidang ini memberi pendapat anda;